Pada 27 Ogos 2025, Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd. (KADRI) dengan kerjasama Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN) telah menganjurkan wacana ilmiah bertajuk “Kecerdasan Buatan (AI) & Urusan Agama: Sejauh Mana Boleh Pergi?” di Bilik Seminar KADRI, Bandar Puteri Bangi.
Sesi ini dimoderatkan oleh Ustaz Arham Merican, Pengasas bersama TanyalahUstaz.com dengan panel jemputan Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin, Profesor Fakulti Kecerdasan Buatan, UTM dan Dr. Syazalie Hirman Ahmad Najib, Pengerusi ILMAN.
Perbincangan menyentuh persoalan kritikal tentang sejauh mana AI boleh diaplikasikan dalam urusan agama dan kehidupan, meliputi peluang inovasi, batasan syariah, serta risiko etika yang perlu ditangani. Melalui wacana ini, KADRI terus menegaskan kepentingan keperluan dasar yang menyokong perkembangan teknologi, sambil memastikan ia selari dengan nilai dan tuntutan agama.