Pemerkasaan Sistem Ekonomi Sedekah
Sedekah mempunyai satu maksud yang luas berbanding penggunaan harian. Selain pemberian wang secara sukarela kepada golongan yang memerlukan, zakat dan wakaf juga termasuk dalam kategori sedekah. Manusia dijadikan tidak sama dari segi kekayaan dan ia adalah sunnah alam. Ada yang m
Rumusan
Sedekah mempunyai satu maksud yang luas berbanding penggunaan harian. Selain pemberian wang secara sukarela kepada golongan yang memerlukan, zakat dan wakaf juga termasuk dalam kategori sedekah. Manusia dijadikan tidak sama dari segi kekayaan dan ia adalah sunnah alam. Ada yang memberi pekerjaan, ada yang diberi pekerjaan, maka kita hidup saling bergantungan.
Penemuan
Oleh itu, KADRI bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia menjalankan kajian yang bertajuk Sikap dan Tingkah Laku dalam Pemerkasaan Sistem Ekonomi Berasaskan Sedekah untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku sedekah. Menurut sorotan kajian, ada beberapa faktor dikenal pasti dan dimuatkan dalam instrumen termasuklah pengetahuan, keagamaan, sikap, norma subjektif, kawalan perilaku, pengurusan institusi dan faedah cukai.
Pada 15 Februari 2024, satu Perbincangan Meja Bulat (RTD) diadakan bersama sekumpulan pakar dalam bidang ekonomi serta pemain industri bertujuan mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pemegang-pemegang taruh bagi instrumen kajian. Pakar yang dijemput termasuk:
-
Ustaz Mohd Solehin bin SopianPenolong Ketua Pengarah Kanan, Cawangan Penyelidikan, Kajian Syariah-Muamalat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
-
Puan Sae’dah binti Md SallehKetua Penolong Pengarah Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
-
Puan Norasikin binti MamatPegawai Bahagian BaitulMal, Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
-
Tuan Muhammad Shuib bin NorudinKetua Pegawai Eksekutif, Yayasan Maghfirah