Tahap Pengetahuan, Kefahaman dan Penerimaan Masyarakat Terhadap Melayu, Islam, Bahasa Melayu dan Institusi Beraja dalam Perlembagaan Persekutuan

Kongsikan artikel ini

Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman, penerimaan dan persepsi dalam kalangan masyarakat di Lembah Klang terhadap Islam, bahasa Melayu, Institusi Beraja dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan, melibatkan seramai 440 responden di Lembah Klang.

Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang dan pekali korelasi digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan serta persepsi masyarakat terhadap Islam, bahasa Melayu, Institusi Beraja Melayu dan orang Melayu dalam perlembagaan.

Kajian ini juga mengenal pasti sama ada wujud hubungan yang signifikan atau sebaliknya antara etnik, agama, umur pekerjaan, aliran pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah terhadap tahap pengetahuan, kefahaman, penerimaan dan persepsi pelajar tentang Islam, bahasa Melayu, Institusi Beraja dan orang Melayu dalam perlembagaan. Daripada dapatan kajian ini, sebuah Modul Latihan Memasyarakatkan Perlembagaan telah dihasilkan serta beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku khususnya berkaitan dengan Islam dan orang Melayu.

 

Senarai Pasukan Penyelidik:

Prof. Madya Dr. Nazri Muslim • Dr. Sabariah Baharun • Prof. Madya Dr. Mashitoh Yaacob •      Dr. Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan • Dr Maisarah Tajuddin • Ani Syahirah Zainal Abidin

Rumusan

Penyelidik

Muat Turun