Kecerdasan Buatan (AI) & Urusan Agama: Sejauh Mana Boleh Pergi?

Ringkasan Polisi Bil. 4 | Ogos 2025 Kecerdasan buatan (AI) kini menjadi pemacu utama perubahan global, termasuk dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan urusan agama. Di Malaysia, usaha telah dimulakan melalui model ILMU (YTL), MaLLaM (Mesolitica), dan NurAI yang dikatakan selari dengan syariah (Syariah-Aligned). Potensi AI sangat besar untuk memperkukuh pembelajaran, dakwah, dan pengurusan agama. Namun, […]

Akta Pembaharuan Bandar (URA): Implikasi dan Saranan untuk Pemegang Taruh

Ringkasan Polisi Bil. 3 | Mei 2025 Akta Pembaharuan Bandar (Urban Renewal Act (URA)) diperkenalkan sebagai langkah memodenkan kawasan bandar lama dan usang yang tidak lagi sesuai untuk didiami. Namun, beberapa persoalan kritikal timbul berkaitan pertindihan undang-undang, hak pemilik hartanah, dominasi pemaju, dan implikasi sosial terhadap komuniti setempat. URA perlu diteliti semula agar selaras dengan […]

Gajet & Skrin – Kesan Kepada Si Kecil

Ringkasan Polisi Bil. 2 | April 2025 Penggunaan gajet secara meluas dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan apabila ia memberi kesan negatif kepada perkembangan mental, fizikal, sosial dan emosi. Isu ketagihan gajet, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, gangguan tabiat pemakanan serta kemerosotan kemahiran sosial menjadi cabaran utama. Kajian tempatan dan antarabangsa menunjukkan bahawa intervensi […]

Keselamatan Jalan Raya Ke Arah Sifar Kematian – Apa Strategi Kita?

Keselamatan jalan raya memberi kesan besar kepada masyarakat dan ekonomi negara. Pada tahun 2023, Malaysia mencatat hampir 600,000 kemalangan dengan 6,080 kematian, dengan purata 17 hingga 18 kematian sehari. Selangor merekodkan jumlah tertinggi, diikuti oleh Johor dan Kuala Lumpur. Kawasan selekoh dan garis berkembar menunjukkan kadar kematian tinggi, memerlukan peningkatan kejuruteraan jalan. Dari segi ekonomi, […]