Pada 14 Mei 2025, Kajian Dasar IKRAM (KADRI) telah menganjurkan wacana ilmiah bertajuk “Urban Renewal Act (URA): Menyeimbangi Pembangunan dan Hak Komuniti Bandar”, menampilkan perbincangan kritikal tentang implikasi dasar URA terhadap landskap bandar dan kesejahteraan komuniti terkesan.
Sesi dimoderatkan oleh Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Felo KADRI dan Profesor di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Panel jemputan terdiri daripada Prof. (I) Sr Mohd Khairudin Abd Halim (Fakulti Alam Bina, UM) dan Prof. TPr. Dr. Melasutra Md Dali (Profesor Kehormat, Fakulti Alam Bina, UM).
Perbincangan mengupas cabaran dalam menyeimbangkan keperluan pembangunan semula bandar dengan keadilan sosial, pemilikan tanah, serta suara komuniti yang sering terpinggir dalam proses perancangan. Para panel turut menekankan keperluan kepada rangka kerja pelaksanaan URA yang lebih telus, inklusif dan berpaksikan kesejahteraan jangka panjang.
KADRI komited untuk terus mengetengahkan wacana dasar yang menyentuh kepentingan rakyat dan menawarkan solusi berasaskan ilmu.