Ancaman dadah semakin berleluasa dan merisaukan. Semua pihak termasuk kerajaan, agensi, badan bukan kerajaan, korporat, tokoh, orang berpengaruh dan setiap masyarakat di Malaysia khususnya perlu memainkan peranan bersama-sama bagi mengatasi dan membendung Masalah Penyalahgunaan dadah ini. IKRAM perlu mengambil langkah berfokus sebagai “ahli” baharu dalam kalangan badan-badan anti-dadah yang lain dan tidak menyasarkan skop yang terlalu luas.
Kajian ini dijalankan untuk mengambil tahu secara permukaan tentang isu musuh nombor satu negara sejak lebih 30 tahun yang lalu, dan kajian yang lebih terperinci dan berfokus serta pengambilan data primer di lapangan perlu dijalankan terutama di kawasan rintis yang berisiko tinggi dengan kerjasama badan lokaliti sedia ada.