Perbincangan Meja Bulat: Kajian Sikap dan Tingkah Laku dalam Pemerkasaan Sistem Ekonomi Berasaskan Sedekah

Kongsikan artikel ini

Sedekah mempunyai satu maksud yang luas berbanding penggunaan harian. Selain pemberian wang secara sukarela kepada golongan yang memerlukan, zakat dan wakaf juga termasuk dalam kategori sedekah. Manusia dijadikan tidak sama dari segi kekayaan dan ia adalah sunnah alam. Ada yang memberi pekerjaan, ada yang diberi pekerjaan, maka kita hidup saling bergantungan.

Oleh itu, KADRI bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia menjalankan kajian yang bertajuk Sikap dan Tingkah Laku dalam Pemerkasaan Sistem Ekonomi Berasaskan Sedekah untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku sedekah. Menurut sorotan kajian, ada beberapa faktor dikenal pasti dan dimuatkan dalam instrumen termasuklah pengetahuan, keagamaan, sikap, norma subjektif, kawalan perilaku, pengurusan institusi dan faedah cukai.

Pada 15 Februari 2024, satu Perbincangan Meja Bulat (RTD) diadakan bersama sekumpulan pakar dalam bidang ekonomi serta pemain industri bertujuan mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pemegang-pemegang taruh bagi instrumen kajian. Pakar yang dijemput termasuk:

  1. Ustaz Mohd Solehin bin Sopian
    Penolong Ketua Pengarah Kanan, Cawangan Penyelidikan, Kajian Syariah-Muamalat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  2. Puan Sae’dah binti Md Salleh
    Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
  3. Puan Norasikin binti Mamat
    Pegawai Bahagian BaitulMal, Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
  4. Tuan Muhammad Shuib bin Norudin
    Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Maghfirah
  5. Tuan Baderol Allam
    Naib Presiden 3 (Profesional & Agensi), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
  6. Prof Madya Dr. Siti Mashitoh binti Mahamood
    Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Akademik Islam, Universiti Malaya (UM)
  7. Ustaz Burhanuddin Lukman
    Pengerusi, Majlis Ulama IKRAM
  8. Tuan Zaharuddin Saidon
    Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan IKRAM Malaysia
  9. Amir Farhan bin Rosli
    Pegawai Khas, Angkatan Belia Islam Malaysia
  10. Muhammad Haziq bin Mohd Sarif
    Pegawai Tadbir, THiJARI

Selain berfokuskan kepada instrumen kajian, pelbagai input tambahan berkenaan kajian dikongsikan oleh panel pakar termasuk pandangan terhadap kerangka Teori Perilaku Terancang yang digunakan dalam kajian ini. Input yang diterima akan disemak oleh ahli kumpulan penyelidik, kemudian akan digunakan untuk menambahbaik instrumen kajian.

Pihak KADRI dan IKRAM menghargai kehadiran serta pandangan yang dikongsikan oleh panel pakar dan pemegang-pemegang taruh yang hadir. Semoga kerjasama pasukan penyelidik