Majlis Pembukaan Pejabat Baru KADRI

Kongsikan artikel ini

Pada 7 Mac 2024, satu majlis telah diadakan bersempena perpindahan dan pembukaan pejabat baru Kajian Dasar IKRAM (KADRI). KADRI telah mula beroperasi di pejabat baru beralamat di No 1-20, Kompleks Enigma, Jalan Puteri 3A/6, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor sejak awal Februari lalu.

Pembukaan pejabat baru KADRI dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham bin Baharin. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa KADRI harus menyasarkan untuk menjadi sebuah institut advokasi strategik yang tidak berkepentingan dan hanya memfokuskan advokasi yang memberi kemaslahatan kepada masyarakat semata-mata. Harapan beliau agar KADRI akan menjadi sebuah badan penyelidikan yang dapat memberi sumbangan besar kepada negara.