Mewakili warga kerja KADRI, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas lawatan Tuan/Puan ke laman web rasmi kami.
Sebagai institusi yang masih baharu dalam bidang pembuatan dasar, kami menghargai sebarang kritikan membina terhadap kaedah penyelidikan kami, dan bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menghasilkan kajian dasar yang efektif.
Maksudnya: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
(Surah Hud: 88)
Semoga segala usaha yang kita laksanakan pada hari ini menatijahkan hasil yang mampu memberikan impak yang positif terhadap generasi yang akan datang. Insya-Allah.
Saya yang menjalankan amanah,