Tingkah Laku Pengundi Muda Semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 Di Negeri Jalur Melayu

Kongsikan artikel ini

Abstrak

Pengundi muda merupakan elemen penting dalam menentukan pemimpin masa hadapan negara. Tingkah laku mereka pula mencerminkan sebuah simbolik sama ada bersifat sokongan atau penolakan kepada sesuatu ideologi politik yang berkembang sejajar dengan pengalaman hidup dan kawasan mereka turun mengundi.

Kajian ini bertujuan untuk merungkai persoalan pengundi muda secara khusus di Negeri Jalur Melayu berkaitan faktor-faktor yang mendorong mereka turun mengundi, pemilihan gabungan politik yang bertanding dan mengenal pasti tahap kecenderungan pengundi muda semasa PRU15 berlangsung tempoh hari.

Kajian ini memfokuskan beberapa buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu sebagai negeri yang diklasifikasi sebagai Negeri Jalur Melayu kerana jumlah populasi orang Melayu lebih dominan dan rekod pencapaian parti yang memenangi kerusi sebelum ini.

Kajian ini menggunakan pendekatan survei dan Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) bagi mempelbagaikan dapatan untuk tujuan penilaian yang lebih komprehensif. Sebanyak 385 sampel yang berjaya diraih di empat buah negeri tersebut.

 

Senarai Penyelidik

Prof. Dr. Hanim Salleh Dr. Abdul Muqit Muhammad Hafiz Hassim • Shakirah Ahmad Sharifuddin • Muhammad Luthfi bin Mohd Yusri

Rumusan

Penyelidik

Muat Turun