Keselamatan Jalan Raya: Ke Arah Sifar Kematian – Apa Strategi Kita?

Kongsikan artikel ini

Wacana KADRI Bil. 1 | Februari 2025

Pada 19 Februari 2024 (Rabu), KADRI telah menganjurkan Wacana KADRI: Keselamatan Jalan Raya di Bilik Seminar KADRI, Bandar Puteri Kajang. Sesi ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Lilis Surienty, Felo KADRI, dan menampilkan dua panel pakar: Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat (Profesor Emeritus, Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan & Alam Bina, UKM) serta Dr. Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Mantan Pengarah, Malaysian Institute of Road Safety Research, MIROS).
 
Wacana ini memberi fokus kepada strategi mencapai sifar kematian di jalan raya melalui peranan polisi, perubahan tingkah laku pengguna, serta penggunaan teknologi dan infrastruktur yang lebih selamat. Para pakar turut mengetengahkan kepentingan kesedaran emosi dan interaktif untuk mendorong tanggungjawab bersama serta penguatkuasaan berasaskan teknologi seperti sistem pemantauan pintar. Selain itu, nilai amanah melalui pendidikan rohani serta kerjasama dalam program libat urus komuniti adalah kunci untuk membentuk budaya keselamatan jalan raya yang mampan. Usaha bersama ini akan memperkukuh langkah menuju sifar kematian di jalan raya.
 
Ayuh kita berganding bahu mewujudkan jalan raya yang lebih selamat!

Wacana KADRI Bil.1 | Februari 2025