Pada 3 November 2025, Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd. (KADRI) telah menganjurkan Wacana KADRI bertajuk “Pendidikan Insan Seimbang: Membina Pelajar Rahmah” di Bilik Seminar KADRI, Bandar Puteri Bangi.
Sesi ini dimoderatkan oleh Puan Nurul Huda Ahmad Nawawi, seorang kaunselor berdaftar, dengan panel jemputan Dr. Kamaliah Noordin, Pengurus Besar Centre of Learning Excellence, MIEB, dan Dr. Abdul Rahman Ahmad Badayai, Ketua PsiTra Klinik Psikologi & Konsultasi (PKPK), UKM. Perbincangan memfokuskan kepada gambaran holistik isu pendidikan pelajar masa kini, meliputi dimensi akademik, emosi, moral, sosial, spiritual, dan digital, berdasarkan pengalaman guru di lapangan dan kes klinikal remaja.
Melalui wacana ini, KADRI menegaskan keperluan merangka dasar dan pendekatan pendidikan yang membina Pelajar Rahmah secara menyeluruh, selari dengan tuntutan nilai kemanusiaan dan realiti semasa.