Program IMPAK Sebagai Solusi Masalah Mobiliti Sosial dalam Kalangan Anak-Anak Miskin Bandar

Kongsikan artikel ini

Rumusan

Masalah kemiskinan merupakan isu global yang belum dapat diatasi secara menyeluruh. Hal ini adalah kesan daripada kitaran ekonomi dunia yang tidak stabil. Akibat daripada keadaan tersebut, berlaku pelbagai masalah termasuklah masalah mobiliti sosial dalam masyarakat khususnya kalangan miskin bandar bakal memberi kesan kepada masa depan anak-anak. Kajian ini mengkaji satu modul yang dapat membantu ibu bapa meningkatkan mobiliti sosial mereka iaitu modul Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak-anak (IMPAK) yang difokuskan pada pendidikan. Pendidikan merupakan satu cara bagi meningkatkan kehidupan seseorang. Walaupun begitu, modul ini masih lagi memerlukan penambahbaikan bagi memberi kesan maksima terhadap peserta IMPAK. Kajian ini bertujuan untuk (1) meneroka kesan daripada modul IMPAK sebagai solusi masalah mobiliti sosial dalam kalangan anak-anak miskin bandar dan (2) mencadangkan penambahbaikan modul IMPAK sebagai solusi masalah mobiliti sosial dalam kalangan anak-anak miskin bandar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif tematik dan reka bentuk kajian ialah kajian kes yang dapat memberikan gambaran keseluruhan mengenai IMPAK bagi mendapati maklumat mengenai kesan dan perkara lain yang dapat menyumbang kepada penambahbaikan modul IMPAK. Seramai 12 orang peserta kajian dan seramai 3 orang informan dipilih secara bertujuan (purposive sampling) untuk memberi maklumat mengenai IMPAK sebagai data kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian NVivo untuk mendapatkan tema dalam dapatan kajian. Hasil kajian mendapati Modul IMPAK memberi kesan positif terhadap ibu bapa dan juga anak dari segi sikap ibu bapa, sikap anak dan juga akademik anak. Dapatan kajian ini juga menemukan adanya kekangan atau cabaran, seterusnya menyumbang kepada penambahbaikan modul IMPAK dengan mengidentifikasi langkah selanjutnya bagi memperolehi kesan jangka panjang terhadap ibu bapa dan juga anak-anak. Dapatan ini dijangka dapat mengekalkan kesan daripada modul IMPAK yang menjadi solusi kepada masalah mobiliti sosial masyarakat berpendapatan rendah sehingga membantu perubahan kehidupan masyarakat khususnya anak-anak dalam kalangan miskin bandar.

Kata kunci: Mobiliti sosial, Modul IMPAK, Kemiskinan, Pendidikan.

Penyelidik

Dr. Faraziera Mohd Raslim
Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim
Mohammad Abdul Hamid
Hielda Noviyanty

Muat Turun