Pengenalan KADRI

KADRI ataupun Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 26 April 2022 bagi memenuhi keperluan pengkajian dasar yang berkesan untuk membina negara Malaysia yang lebih makmur, inklusif dan berdaya saing.

Pentadbiran KADRI diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Dr. Mustafa Din Subari, dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan syarikat.

KADRI terus komited dalam menerajui misi pembinaan negara rahmah, bersesuaian dengan sebab pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, untuk membawa rahmat ke seluruh alam

KADRI merupakan syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dengan nombor pendaftaran 1460779-D.