Ahli Lembaga Pengarah

Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad

Pengerusi Lembaga Pengarah
[email protected]

Prof. Sahrim merupakan Profesor di Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya, dan menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Loughborough University, United Kingdom.

Prof. Emeritus Dr. Hj. Alauddin Mohd. Ali

Ahli Lembaga Pengarah
[email protected]

Dr. Hj. Alauddin merupakan Profesor Kehormat Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari University of Tasmania, Hobart, Australia. Kemudian memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari University of Nottingham, Nottingham, U.K.

Dr. Hj. Mustafa Din Subari

Ahli Lembaga Pengarah/Pengarah Eksekutif
[email protected]

Dr. Hj. Mustafa Din adalah mantan Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dari 2008 hingga 2013. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah Sarjana Sains Geodetik dari The Ohio State University at Newark dan Doktor Falsafah Kejuruteraan Geomatik dari UNSW.