Simposium Bina Negara telah diadakan pada 21 Ogos 2024 bertempat di Bangi Golf Resort, Selangor. Bertemakan “Malaysia MADANI: Pendekatan Keseluruhan Masyarakat”, sembilan tajuk kajian yang dibentangkan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022 dan 2023.

Ucaptama Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli menekankan kepada tujuh langkah menuju kepada menuju whole society approach dengan berkongsi pengalamannya mengaplikasi tujuh langkah ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ketujuh-tujuh langkan adalah bagi membangun apa yang beliau sebut sebagai Komuniversiti– satu bentuk kerjasama erat antara komuniti dan universiti dalam pendidikan, penyelidikan lalu membawa solusi yang efektif kepada masyarakat

Simposium diteruskan dengan sembilan pembentangan yang merangkumi pelbagai isu penting yang membawa kepada solusi membina negara seperti kesejahteraan rumahtangga, perlindungan kanak-kanak, kesejahteraan keluarga OKU, dan isu pemakanan kanak-kanak. Selain itu, kajian berkaitan kemiskinan bandar, mobiliti sosial, ekonomi berasaskan sedekah, serta tingkah laku pengundi muda turut diketengahkan. Pembentangan ini mencerminkan keperluan untuk pendekatan menyeluruh yang melibatkan seluruh masyarakat dalam menangani isu-isu kritikal demi kesejahteraan bersama.

Gambar Sekitar Acara​